Monday 23 January 2017

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah kerana kita masih dihidupkan hari ini..


BANGKIT DARIPADA MASA LAMPAU..

     Rasanya dah lama sangat saya x update dekat blog ni.. dah bergunung gamaknye habuk bersarang dekat blog ni.. Skrang ni juga saya mengambil masa yang lama untuk menulis dekat laman ni kerana harus berselang seli mengelap habuk2 tu semua.. haha

    Masa lampau?? Kedengeran terlalu misteri kan? Masa lampau adalah kisah silam sebelum hadirnya hari ni.. Yer, boleh dikatakan sejarah hidup kita. Sejarah pahit manis yang pernah kita lalui. Setiap manusia berlainan rantaian hidupnya, berlainan masa silamnya, dan berlainan masa depannya. Konklusinya , semua orang berbeza ceritanya.

    Namun, kita x lari daripada ujian dan cabaran sepanjang perjalanan hidup kita. Di saat kita diuji, seringkali persoalan menerjah minda kita. Kenapa ? Kenapa kita yang dipilih ? Perkara itulah yang sentiasa bermain dalam benak saya tatkala ujian itu terlalu berat untuk diterima . Bagaikan batu besar menghempap segenap tubuh ni. Hanya air mata menerangkan segala2-Nya.

Sahabat,
Disaat kita bersedih kerana terbeban dengan ujian-Nya, ketahuilah ramai di luar sana menghadapi ujian yang lebih teruk daripada kalian .

1.Allah sayangkan kita.

"Sesungguhnya Allah takkan menimpakan ujian melebihi kemampuan hamba-Nya "
Peganglah ayat ini dalam hati kalian.
Atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita, terimalah , hargailah dan hadapilah ujian itu dengan berlapang dada. Allah sentiasa bersama kita.
Berdoalah agar diberi kekuatan kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

2. Menangislah dan berceritalah kepada-Nya.

Kadangkala disaat masa silam kita sentiasa menghantui kita. Disaat dosa2 lalu menjadi bayangan hitam dalam hidup kita. Berdoalah selepas solat agar diberi kemaafan atas dosa2 lalu. Di waktu mereka yang lain sedang tidur, bangunlah sepertiga malam untuk memohon keredhaan-Nya. Sesungguhnya rahmat Allah itu sangat luas . Menangislah hanya kepada-Nya.

3. Diri anda begitu berharga.

Manusia. Makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna diberikan akal fikiran dan dapat membezakan antara hak batil. Bangkitlah dan perbaikilah diri untuk menjadi lebih bail dari hari ke hari . Allah lihat semua usaha kita. Untuk kebaikan diri dan orang sekeliling kita, muhasabah diri setiap hari, masa dan ketika . Dengan itu, kita dapat lihat perubahan kita setiap hari. Janganlah kita salahkan diri kita atas semua yang dah berlaku. Jangan sesekali seksa diri kita atas perkara lalu. Terus pandang ke hadapan dan teruskan berjalan di jalan Allah. Kalian akan jumpa pelabagai perkara indah sepanjang perjalanan kalian . In shaa Allah.

Ini sahaja dulu rentetan untuk ketika ini. Maaf atas segala salah silap sepnajang coretan ini. Assalamualaikum :)


   

No comments:

Post a Comment