Tuesday 21 February 2017

REZEKI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk masih bernafas pada saat ini.


Saat kita pertama kali buka mata saat dilahirkan, kita dah dapat lihat betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Bukannya satu, tetapi x terkira jumlahnya. Betapa sayangnya Allah pada kita kerana berikan kita kesempatan untuk singgah di dunia ni sebelum ke alam akhirat. Dunia yang hanya persinggahan. Benda yang selalu kita lupa saat kita sering mengejar harta dan kemewahan dekat bumi ini.

Kita x sedar betapa rezeki itu ketentuan ALLAH. Dia yang mengatur segalanya. Tapi.............. kita sering lupa tentang hakikat tu. Seringkali mengeluh . Ha.. kenapa mengeluh? Sebab .. kita seringkali persoalkan ketentuan-Nya. Bahasa kasarnya, kita X BERSYUKUR! kan dah kena sebijik!

Sebenarnya dapat ilham ni daripada kejadian semalam. Nak katanya, rezeki kita datang selalu pada waktu yang kita x jangka. Dan kita perlu tau yang kadangkala harta kita pun ada bahagian orang lain jugak. Samlah cam semalam, RM 20 hilang. Daripada situ, banyak dapat diambil pengajaran.

1. Takdir

Manusia lumrahnya dikurniakan pelbagai emosi . Gembira, marah. kecewa dan sebagainya. Disaat ditimpa ujian, kita selalu salahkan takdir. Bila kita kehilangan sesuatu ataupun harta kita berkurang, kita rasa marah dan mengeluh. Ingatlah bahawa setiap orang dikurniakan rezeki yang berbeza2. Tugas kita adalah berdoa dan berusaha sungguh2 supaya Allah dapat lihat usaha kita. Semua orang akan dapat happy ending. Yakinlah dan percayalah pada Allah. Jangan bersedih kerana nkmat nikmat yang berkurangan tetapi bersedihlah kerana ingin menggapai cinta-Nya ,

2.Dalam harta kita juga terselit harta orang lain

Dalam mencari rezeki yang halal, kita x tersedar kdangkala harta yang kita dapat tu orang lain yang punya, Contohnya cam bila kita hilang duit ke, hilang barang ke, n sebagainya. Disitu Allah nak tapis balik harta kita. Ada hikmahnya semua tu. Kemungkinan amalan sedekah kita kurang, jadinya dari situ kita muhasabah balik dan perbaiki.

3. Tanggungjawab.

Dalam setiap pekerjaan,kita diberi tanggungjawab dan amanah dalam setiap tugas. Oleh itu, kita perlu jaga amanah tersebut. Dalam setiap perbuatan kita, sikap waspada dan berhati-hati jangan dianggap remeh kerana kita sedang menjaga harta dan amanah orang.

Ini dahulu untuk hari ni. Semoga hari2 kalian dipenuhi keberkatan. Amin. Assalamualaikum ;)





No comments:

Post a Comment