Saturday 14 April 2012

erm.. CINTA??

Assalamualaikum.. 
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


apa khabar kawan-kawan?? sihat?? saya kat depan laptop ni sihat walafiat.. Alhamdulillah.. saya harap kalian semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta.. Cewah!! dah macam tulis surat pula.. Maklumlah, memang dah lama gila tak buka and update blog ni.. huhu.. Hari ni, tiba2 dapat ilham na tulis pasal cinta.. hehe.. :P mari kita saksikan!! cewah!!

     
Ini adalah lukisan saya waktu Form 3 tahun lepas.. hehe.. tidak adalah cantik sangat.. tp kira okayla kan?? :p Pernah tidak kalian mengalami situasi begini?? Mesti pernah kan?? Maklumlah,Cinta monyetla katakan.. :p

erm.. na citer pasal  CINTA??erm.. Cinta itu apa sebenarnye ye??

Jika kita lihat dalam arena arus yang semakin moden ini, ramai di antara lita yang tidak mengerti erti sebenar cinta...Mereka sering menyalahkan cinta.. Mereka merasakan bahawa:
"Cinta hanyalah luka yang selalu menjadi manis dalam keinsafan yang tidak pernah diketahui. Cinta hanya menjadikan manusia seperti barang mainan. Yang lebih kejam,ketika semua telah merasakan dapat memiki cinta,tetapi apa yang terjadi?? Cinta pergi begitu sahaja dan meninggalkan luka yang semakin pedih. Ketika semua telah yakin akan ketulusan dan kemurniaan cinta, ternyata terkandas dan pupus sebelum ada kepastian."

jadi, mari kita lihat persoalan yang sebenar tentang perjalanan CINTA.. :D

  • Perjalanan CINTA justeru menjadi bahaya apabila tewas oleh rase hormat, takzim dan kerana takut mendapat kutukan.Namun, apabila cinta tumbuh atas benih cinta yang tidak ragu2 lagi, kemanisan anggur syurga atas nama cintalah yang akan diteguk.Betapa sakit ketika cinta terpaksa punah kerana tidak berdaya. suatu pengingkaran kepada kudrat cinta yang suci atas anugerah-NYA, kezalima yang tidak disedari pada fitrah cinta itu sendiri.Fitrah manusia yang diberikan cinta, sedangkan cinta tidak mengajar sesiapa untuk memaksa dicintai mahupun mencintai!!! Kerana cinta itu bebas.Suatu kesalahan yang selama ini tidah pernah kita sedari dan kita fahami dalam usaha kita mengungkapkan cinta dalam keterbatasan.
  • Cinta bukan boleh dilelong sesuka hati.
  • Semua orang pasti jatuh CINTA.Cuma kadangkala manusia tidak mampu memahami cinta.Kadang2 manusia lebih dikuasai oleh rase ragu dan takut untuk mencintai dan dicintai. 
  • Jika kamu yakin CINTA akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu,maka yakinlah bahawa lara itu hanya sebatas duri: hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam satu risalah hidupmu.Meskipun kelam, kadang2 menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu. Terus tabahkan jiwa dan raga yang remuk-redam, terkoyak kerana kamu tidak kuasa menerima kenyataan. Kerana CINTA adalah cahaya yang terselit diantara gelap terang kehidupanmu: maka carilah CINTA sucimu yang agung dan tersenyumlah!! Walau bagaimanapun tafsiranmu tentang cinta,ia tetap ada dan bersemayam didalam hatimu.
  • Kerana CINTA,jiwa boleh mati dan juga boleh hidup. Kerananya pula ada roh suci yang membawanya kepada keintiman hati.Tanda yang tidak mampu difahami oleh orang lain. Dengan CINTA, kadang2 sunyi menjadi keramaian.CINTA memang benar2 dapat menyatukan hati. CINTA membuat mereka bersatu padu dalam rasa.CINTA membawa kepada titik klimaks rasa.
  • Ketulusan dalam menjalani cinta memang memerlukan pengorbanan. Bukan sekadar janji manis.

Kepada wanita-wanita diluar sana juga peringatan kepada diri saya sendiri:



Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri,nescaya akan lebih dihormati. Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar2 sanggup mencintai kita. Cinta itu terjemahan kepada kasih sayang dan belaian penuh ikhlas. Hendaklah kita ketahui,bahawa lelaki yang baik ialah lelaki yang menjaga kita bukan merosakkan kita. 

  •  Hidup itu urusan ALLAH SWT. Jodoh, hidup dan mati semuanya hanya ALLAH SWT yang tahu. Belum tentu apa yang kamu inginkan itu baik bagimu kelak. Belum tentu apa yangmenjadi keinginan orang tuamu buruk bagimu nanti.Sekarang cuba kamu pasrah kepada ketentuan ALLAH SWT. Yakinkanlah hatimu yang ALLAH SWT akan membimbing dan menunjukkan jalan terbaik untukmu.
  • Sekiranya kamu yakin bahawa apa yang ada dalam hatimu sebagai ilham Tuhan: maka yakinlah. Keyakinan yang kamu rasakan akan menuntunmu kepada sebuah cahaya kebenaran . Dan di sanalah Tuhan meletakkan  sebahagian ketentuan takdir-NYA bagi seluruh umat-NYA yang bermunajat atas keraguan jiwanya.
  • Kamu dilahirkan sebagai perempuan, namun jiwamu hendaklah seperti jiwa singa. Usah takut akan sesuatu yang masih belum jelas kerana jika kamu hanya diam membisu dan tidak berbuat sesuatu, makak kamu tidak akan tahu dan tidak akan mendapat apa-apa, dan di atas kudratmu, tidak ada yang lebih berharga daripada dirimu selain cinta dan kehormatanmu.
  • CINTA itu tidak perlu dipaksa. Ia hadir sendiri dan yang penting doakan kebahagiaan orang yang kita sayangi dan cintai. Jangan kesalkan perkara yang lepas kerana ada hikmah di sebaliknya.
  • Bila kamu mampu mencintainya dengan hati, maka cintailah dia tanpa kamu mengharap apakah dia juga sama sepertimu.
Dan yang paling penting, tanamkankanlah di dalan diri kalian:
Dalam putaran masa, aku berasa perlu memelihara makna cinta pertama kita itu dengan tidak menyerahkannya secara tergesa-gesa. Aku mahu menyimpan rapat rasa tersebut di dalam kotak emas sehingga suatu masa nanti akan aku berikannya kepada 'dia' yang memang tercipta untukku, iaitu dgn sesiapa yang berkahwin denganku.



Cinta itu fitrah. Fitrah yang ALLAH bagi kepada seluruh hamba-NYA.Ingatlah , walau sejauh mana cinta kita dekat seseorang tu, CINTA ALLAH SAW IALAH CINTA YANG KEKAL ABADI.. Marilah kita sama2 mengejar cinta ALLAH SAw dahulu agar mendapat keredhaan-NYA.. Dan mudah-mudahan pintu rezeki terbuka untuk kita.. InsyaALLAH.. AMIN.. :D


p/s: erm.. sebenarnya kandungan di dalam post ini, kebanyakannya saya petik dari nuklan dan tulisan dari buku conteng kakak kesayangan saya.. saya copy paste jek.. hehe..                                                               

2 comments:

  1. haha..patutlah macam pernaH dengar..

    ReplyDelete
  2. haha.. bukannye macam.. memang kau pernah dengar pun.. hehe.. :p aku simpan tau buku kau tu sampai sekarang.. untuk peringatan dan pengajaran.. hehe..

    ReplyDelete